PENDIDIKAN ISLAM TAHUN LIMA.
BIDANG : IBADAH.
TAJUK : SOLAT BERJEMAAH.
PENGENALAN.
Sembahyang berjemaah adalah satu syiar Islam yang amat digalakkan. Tujuannya adalah agar ummat Islam dapat berjumpa lima kali dalam sehari semalam di satu tempat sehingga antara mereka saling berkongsi maklumat, pesanan, nasihat dan mengeratkan silaturrrahim di antara ummat Islam.
Di samping itu, pahala sembahyang berjemaah sangat jauh berbeza dengan sembahyang secara individu. Setiap langkah menuju ke masjid dinilai oleh Allah SWT. Sebagai satu kebaikan dan selama menunggu sembahyang, malaikat terus-menerus meminta agar dosanya diampunkan Allah Taala.
Sehubungan dengan kelebihan dan keutamaan sembahyang berjemaah , Nabi Muhammad SAW bersabda:
`Sembahyang berjemaah itu lebih afdal dari sembahyang bersendirian sebanyak 27 kali ganda'.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum Solat Berjemaah
Ada tiga hukum
1.
Fardu Kifayah - Ke atas orang lelaki di sesuatu tempat bagi
semua solat fardu kecuali solat
Jumaat.
2.
Fardu Ain - ke
atas setiap lelaki bagi solat Jumaat.
3.
Sunat - bagi solat-solat sunat seperti solat dua
hari raya.
Contoh Lafaz niat
solat Zohor berjemaah
Niat Sembahyang Zohor :
|
Usalli
fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*) adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan `imaman’- sekiranya
menjadi imam , manakala `makmuman’- sekiranya mengikut imam.
|
Syarat Sah Solat
Berjemaah
1.
Niat mengikut imam bagi makmum
2.
Takbiratulihram makmum tidak mendahului takbiratulihram imam.
3.
Makmum tidak mendahului dan tidak terlau lambat mengikut pergerakan
imam.
4.
Makmum mengetahui pergerakan imam
5.
Tiada sekatan atau penghalang antara makmumdan imam.
Kelebihan Solat
Berjemaah
1.
Mendapat pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.
2.
Dapat mengukuhkan persaudaraan sesama
umat Islam.
3.
Membantu menambah khusyuk dalam solat
4.
Hidup diberkati Allah
5.
Berpeluang menambah ilmu.
Posisi Makmum di Dalam Solat
1 -
Imam (Depan), 2 – Makmum Lelaki (Belakang
Imam, Depan Saf Wanita), 3 – Makmum Wanita (Belakang)
2 – Apabila
solat berjamaah mengandungi dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum. Apabila imam solat berjamaah hanya dengan seorang
makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar
dengannya)
1 – Imam (Kiri), 2 – Makmum (Kanan)
3 – Solat
dengan dua orang makmum (atau lebih) bersama imam.
Jika tiga orang makmum atau lebih solat bersama imam,
maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan para ulama.
Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu banyak untuk
disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam, kerana tidak
sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam tersebut berada di depan
mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapa berada di depan imam maka batal
solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur dan Daud membolehkannya, jika tempat
terlalu sempit.
4 – Solat
seorang wanita bersama imam lelaki.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Seorang lelaki
boleh menjadi imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak
boleh seorang lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang
diri, berdasarkan keumuman hadis berikut:
“Tidak boleh bagi seorang lelaki berduaan dengan
seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (Hadis Riwayat
at-Tirmidzi)
Seorang lelaki boleh mengimami sejumlah wanita. Akan
tetapi hal ini dibolehkan apabila aman dari fitnah.
1 – Imam
(Depan), 2 – Makmum Wanita (Belakang)
Kedudukan saf yang betul.